Salam.....dah lama jugak aku tak update blog aku ni, bukan apa aku tengah buzz study.....macam2lah + aku takder idea nak tulis apa.
Ha..yg ni pulak kisah naik komuter dari bank negara ke shah alam.... dah la aku sampai kat stesen bank negara kol 6++ aku tengok terpampang tulis HARAP MAAF JADUAL PERJALANAN KOMUTER TERGENDALA BUAT SEMENTARA WAKTU, SILA GUNA ALTERNATIF LAIN BLA...BLA...>< tapi tak pulak dicakapnya sampai dari pukol berapa ke pukol berapa? so aku tanya la budak yg jaga kaunter tiket tu, dia cakap ada train tapi lambat sket..... dlm hati aku bolehlah...aku nak guna alternatif apa lagi....
Sampai je kat tangga nak turun ke Port Klang dah letak tali rentang....apa pulak ni...dahlah dalam kepala hotak aku ni berserabut dengan macam2 hal yang tak sepatutnya (jiwa kacau). Ok, train cuma lalu kot platform 1 je, tak kiralah kau nak pegi arah mana pun...ok jalan...tunggu punya tunggu kol 6:45 pm train sampai...ok la dapat masuk w/pun tak dapat duduk (itu normal). Sampai KL Sental umat tak yah cakapla ramai, aku rasa sadin yg dalam tin tu lagi selesa duduknya........
Aku yg duduk kat koc wanita (yg dibanggakan oleh KTM) okeyla walaupun berhimpit2, sbb semua wanita2. Aku pun tak tahu berapa km/hrs train bergerak tapi lebey kurang 7:30 aku terdengar 1 letupan dan aku nampak 1 bebola api keluar kat koc wanita tapi kat depan...aku kat belakang....pastu macam2 bunyi lagi...pastu komuter stop dengan lampu semua stop.....wanita2 kat dalam macam kecoh jap still under control. Tapi yg tak tahannya tiba2 aku dengar suara api! api! api!....semua dah kelam-kabut nak lari, tapi semua pintu tak bukak. Aku lari kat koc lelaki (rasa lagi selamat, kalau setakat kena raba ok lagi dari rentung). Dia org pecahkan cermin kaca untuk keluar....then aku nampak asap putih dah semakin banyak.... Allahhuakbar....itu je yg aku cakap dalam hati...the 1st thing yg aku ingat macammana dengan anak2 aku... tiba2 aku nampak pintu dah terbukak, apa lagi terjun jelah......
Sampai rumah lepas ambik anak2 dah dekat kol 9 malam, Alhamdulillah akhirnya aku sampai jugak kat rumah jumpa anak2. Tulah kitaorang shuttle naik teksi ngan 2 sister dan 1 brother sampai shah alam. Wassalam. Sorila gambar tak sempat nak snap sebab panic sangat.