Entah kenapa tiba-tiba aku terasa cerita ini seperti mahu dikongsi. Semalam tiba-tiba hati aku sebak teringatkan arwah ayah aku yang dan hampir 5 tahun pergi mangadap Ilahi. Dulu masa aku kecik-kecik, bila time makan nasi, bila sendukkan nasi untuk ayah (aku panggil dia cik) dia selalu cakap bagi yang kerak je untuk dia....katanya dia suka kerak. Dulu-dulu bukannya ada rice cooker macam sekarang, dapur pun kalau yang canggih sikit pakai dapur minyak. Time tu rumah orang tua aku pakai dapur nilah. So kalau masak mesti ada kerak.
Setiap kali time makan nasi dia akan tanyakan aku ada kerak tak, dia nak. Aku pun masa tu budak-budak apa yang cerdik sangat pun bagilah dah dia suka. Begitulah rutin dia sampailah dia meninggal. So, sampailah aku dah ada anak tiga, kadang-kadang aku bercerita dengan suami aku dan kawan-kawan ayah aku suka sangat makan kerak nasi. Tapi semalam aku balik kerja pun dah agak lambat, nak makan kat luar pulak dah boring. So, aku cakap kat hubby saya masak yg simple-simple jelah. Kebetulan aku masak nasi sedikit je, sebab selalunya tak habis pun makan anak beranak. Bila masa nak sendukkan nasi untuk hubby aku, nasi kat bawah tu macam keras sikit/kerak la, sbb aku masak sikit sangat kot. So, aku buang semua nasi yang keras tu dan aku letak kat dalam pinggan aku, nanti anak-anak pun nak makan jugak.
Sejak dari semalam aku asyik memikirkan benda yang sama yang dah bertahun berlalu dalam hidup aku, kenapa selama ni ayah aku suka sangat dengan kerak nasi. Seorang Ayah/Suami atau seorang Ibu/Isteri sentiasa melakukan pengorbanan terhadap pasangan ataupun anak-anaknya, samada pasangan itu sedar atau tak sedar pengorbanan itu. Walaupun pengorbanan itu bukanlah dalam bentuk harta dan wang ringgit, tapi itulah saja kemampuan yang ada untuk anak-anak dan pasangannya. So, hargailah walau sekecil mana sekalipun pemberian dari orang yang kita sayang samada kita sedar atau tak sedar, berharga atau tak berharga pemberian itu.....hargailah ia. Mungkin ianya tak berguna pada masa sekarang, mungkin kita amat memerlukannya di masa akan datang. Semoga Tuhan cucuri rahmat keatas roh arwah ayah dan mak dan semua umat Islam seluruhnya. Amin
Wednesday, July 21, 2010
Sunday, July 18, 2010
kerja mingguan papa sofea, izzatie dan uzzair
papa sofea, izzati dan uzzair cuti sabtu dan ahad x lah lain selain memancing.....asyik ada cuti je mula lah panas bontot..... tangan dah ketar teringat ikan nk makan kail.tinggal aku empat beranak kat umah. Boring lah gak tapi lama kelamaan dah lali. selalu nya kalau dia keluar memancing biasa nya balik dengan hasil. x pernah kecundang lagi kata nya. minggu depan yg akan datang ni pn dia nk kelaut la pulak. memancing di pulau sembilan dekat dgn Bagan Datoh. Balik kampung terus lah tu. Sambil memancing boleh lah dia gi jenguk ayah, makcik dan abang dia yang ada kat kampung. tinggal lagi aku 4 beranak kat umah . huhuhuhuhu.......
kalau nk tengok hasil dia.... tunggu lah dia balik nnti. walau macam mana pun semoga selamat pergi dan selamat kembali. semoga hasil kali ini lebih lumayan. ini ada lah diantara hasil yang pernah dia bawa balik untuk tatapan bersama.

Thursday, July 8, 2010
Lagi-lagi kisah anak-anak
Anak bujang aku ni baru boleh berjalan.....punya la penat aku tunggu...at last, dah nak masuk 1 tahun 4 bulan dapatlah aku tengok dia berjalan macam hantu cina dengan dua2 tangan ke depan. Sori gambar takde...aku ni mana ada masa nak ambik gamba...
Gigi pun dah upgred lagi 2 batang kat atas, senget2 pulak tu, tak pe...nasib baik lelaki...saham ok lagi.
Ok, kat sini pulak cerita kakak Sarah@Sofea.....katanya nama Sofea tak cantik, dia sesuka hati suruh aku panggil dia Sarah. Tak kisahlah Sofea ke, Sarah ke...ni ha gamba yg dia ambik kat sekolah. Tengoklah gambarnya entah apa2 ntah.....tapi tak pe lah....janji happy.... nah tengok kat bawah....
Tapi, muka Sarah ni kan memang macam muka aku masa kecik2 dulu, perangai pun sama....janganlah dia ikut perangai aku sampai tua, aku tahu aku ni teruk.....huhuhu..... Ok layan....

Subscribe to:
Posts (Atom)