Wednesday, July 21, 2010

Cerita Kerak Nasi

Entah kenapa tiba-tiba aku terasa cerita ini seperti mahu dikongsi.  Semalam tiba-tiba hati aku sebak teringatkan arwah ayah aku yang dan hampir 5 tahun pergi mangadap Ilahi.  Dulu masa aku kecik-kecik, bila time makan nasi, bila sendukkan nasi untuk ayah (aku panggil dia cik) dia selalu cakap bagi yang kerak je untuk dia....katanya dia suka kerak.  Dulu-dulu bukannya ada rice cooker macam sekarang, dapur pun kalau yang canggih sikit pakai dapur minyak.  Time tu rumah orang tua aku pakai dapur nilah.  So kalau masak mesti ada kerak.

Setiap kali time makan nasi dia akan tanyakan aku ada kerak tak, dia nak.  Aku pun masa tu budak-budak apa yang cerdik sangat pun bagilah dah dia suka.  Begitulah rutin dia sampailah dia meninggal. So, sampailah aku dah ada anak tiga, kadang-kadang aku bercerita dengan suami aku dan kawan-kawan ayah aku suka sangat makan kerak nasi.  Tapi semalam aku balik kerja pun dah agak lambat, nak makan kat luar pulak dah boring.  So, aku cakap kat hubby saya masak yg simple-simple jelah.  Kebetulan aku masak nasi sedikit je, sebab selalunya tak habis pun makan anak beranak.  Bila masa nak sendukkan nasi untuk hubby aku, nasi kat bawah tu macam keras sikit/kerak la, sbb aku masak sikit sangat kot.  So, aku buang semua nasi yang keras tu dan aku letak kat dalam pinggan aku, nanti anak-anak pun nak makan jugak.

Sejak dari semalam aku asyik memikirkan benda yang sama yang dah bertahun berlalu dalam hidup aku, kenapa selama ni ayah aku suka sangat dengan kerak nasi.  Seorang Ayah/Suami atau seorang Ibu/Isteri sentiasa melakukan pengorbanan terhadap pasangan ataupun anak-anaknya, samada pasangan itu sedar atau tak sedar pengorbanan itu.  Walaupun pengorbanan itu bukanlah dalam bentuk harta dan wang ringgit, tapi itulah saja kemampuan yang ada untuk anak-anak dan pasangannya.  So, hargailah walau sekecil mana sekalipun pemberian dari orang yang kita sayang samada kita sedar atau tak sedar, berharga atau tak berharga pemberian itu.....hargailah ia.  Mungkin ianya tak berguna pada masa sekarang, mungkin kita amat memerlukannya di masa akan datang.  Semoga Tuhan cucuri rahmat keatas roh arwah ayah dan mak dan semua umat Islam seluruhnya. Amin

4 comments:

  1. Sedihnya kak..sama macam mak saya.. bila ajak makan kenyang lagi..bila semua dah habis makan..baru dia makan..dia x nak makan sama-sama sebab takut lauk tak cukup..biar anak2 makan puas dulu..baru dia makan

    ReplyDelete
  2. selama ni kat tak perasan kan? bila kita nak jadi mak baru tahu maksud di sebaliknya.

    ReplyDelete
  3. Tu lah org cakap kasihnya ibu membawa kesyurga...
    Kasihnya ayang sepanjang masa.. Berkorban harta dan juga nyawa demi anak-anak yang dikasihi..

    ReplyDelete
  4. http://reretaipan88.blogspot.com/2018/07/asiataipan-taipanqq-taipanbiru-4-faktor.html

    Taipanbiru
    TAIPANBIRU . COM | QQTAIPAN .NET | ASIATAIPAN . COM |
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID terbaik nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
    BandarQ
    AduQ
    Capsasusun
    Domino99
    Poker
    BandarPoker
    Sakong
    Bandar66

    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : E314EED5

    Daftar taipanqq

    Taipanqq

    taipanqq.com

    Agen BandarQ

    Kartu Online

    Taipan1945

    Judi Online

    AgenSakong

    ReplyDelete