Tuesday, March 23, 2010

Al-Fatihah untuk Arwah Mak.......

Assalamualaikum wbt.........tanggal 26 RabiulAwal 1431 Hijrah bersamaan 12 Mac 2010, Jumaat, 5.55 petang akhirnya mak pegi jua.  Ketika aku dapat call masa tu tengah berasak-asak nak balik kerja.  Aku rasa macam tak berpijak di bumi bila mendengarnya.....aku gagahkan kaki untuk balik secepat yang mungkin.  Sebagaimana sedihnya hati aku begitu jugaklah cuaca hari tu seolah-olah tahu kesedihan aku.  Hujan yang turun renyai-renyai sepanjang aku balik seiring jugak dengan airmata aku yg tertumpah.  Aku cuba untuk menahannya tapi aku tak berdaya.

Sampai rumah lebih kurang 8 malam dan lebih kurang pukul 9 malam aku bertolak bersama suami dan anak2 untuk balik ke Terengganu.....untuk menatap wajah Mak buat kali yang terakhir.  Sepanjang perjalanan balik ke kampung  inilah perjalanan yang paling menyentuh hati aku......perasaan yang tak boleh dikongsi dengan siapa2.  Selalunya aku akan rasa gembira bila dah dekat nak sampai rumah....maklumlah kejap lagi aku dapat jumpa Mak dan cium tangannya.  Tapi kali ini lain benar kepulangan aku...semakin dekat dengan rumah mak....terasa semakin jauh aku dengannya....Ya Allah......kuatkanlah hati aku untuk terima kenyataan ini....
Lebih kurang jam 5.00 pagi aku sampai di depan pintu rumah mak....beratnya kaki untuk mengetuk pintu....kenapa tak seperti sebelum ni....
Sekujur tubuh di ruang tamu ku pandang....aku mintak kebenaran dari abang chik untuk tengok wajah mak...

Ya Allah...hilang segala fikiran aku yang berkecamuk....aku lihat wajah mak tenang sekali.  Mak seolah-olah sedang tidur dengan wajah yang tersenyum, lebih cantik dari sepanjang hayat hidupnya.  Tuhan itu Maha Mengetahui atas segala yang dikehendakiNya...kita sebagai hambaNya menerima dengan redha.  Lebih kurang pukul 10 pagi aku bersama dengan Kak Long dan Kakak Nurul memandikan jenazah mak.  Tak ada cacat celanya pada jenazah mak.....semuanya sempurna.  Itulah pertama kali aku memandikan jenazah....dan sekali lagi aku redha, mungkin itulah keikhlasan atas apa yang mak lalukan selama hayatnya....Wallahhuallam....Jam 11.00 pagi jenazah mak selamat bersemadi....semoga roh mak akan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman....Amin.....

Tinggallah aku dengan rindu yang teramat rindu....walaupun arwah mak baru saja disemadikan....rasanya bagai dah bertahun aku kehilangan mak....Aku redha dengan kuasa Tuhan bahawa ajal dan maut di tanganNya......tapi rindu ini tak boleh dipujuk-pujuk.....menangis didalam hati akhirnya menitis lagi airmata aku...aku rindukan mak yang teramat sangat.

.....YA ALLAH YA TUHAN......AMPUNILAH DOSA IBUBAPA KU DAN DOSA SAUDARA-SAUDARAKU.....PELIHARALAH IBUBAPAKU DENGAN PENUH KASIH SAYANG SEBAGAIMANA MEREKA MEMELIHARA AKU SEMASA KECIL DENGAN PENUH KASIH SAYANG.
TERGOLONGLAH MEREKA DI DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN.....LUASKANLAH KEHIDUPAN MEREKA DI SANA DAN PENDEKKANLAH HISAB MEREKA....AMIN YA RABBUL ALAMIN.....

2 comments:

  1. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman

    ReplyDelete
  2. Semoga Roh Arwah tenang berada disana bersama-sama orang2 yg beriman & Jangan Sedih2 sangat setiap insan akan kembali jua kepadanya..

    ReplyDelete