Tuesday, April 13, 2010
Selamat Hari Ibu
Sampai je kat rumah, 'mama...mama....ni kakak sofea buat, teacher suruh bagi kat mama, nanti mama letak dalam beg keje mama tau'. Oklah...nanti mama simpan, itulah anak aku.....tulah sebabnya semua dia punya keje-keje art dia aku simpan dalam kotak elok-elok, nanti kalau letak kat luar kan tak sempat nak tengok, semua ranap. Anyway, thank you kakak.
Dan Selamat Hari Ibu, mama, mak, ummi, mummy, semoga semua ibu-ibu sukses selalu dan happy-happy selalu.
Sunday, April 11, 2010
Tadika Islam An-Nizah Majalah Pa&Ma
Assalamualaikum......
Ni kisah sekolah kakak Sofea. Majalah Pa&Ma ada published sekolah dia untuk keluaran bulan Mac lepas, baru sekarang aku dapat upload....tapi aku dok cari jugak yang mana satu muka anak aku, tak nampak pun....tak kisahlah janji sekolah dia dapat masuk magazine. Itupun siap hari-hari dok cerita kat aku mama,mama....ni teacher kakak ada kat sini, tengok ni....dia tak ada pun tak pe, janji teacher dia ada.
Ni lah...sekolah anak aku, Tadika Islam An-Nizah kat Bukit Naga, Shah Alam. Tak jauh pun dari rumah alu, lebih-kurang 3 mins je nak hantar dia. Tapi aku memang tak pernah berkesempatan pun nak hantar dia, selalunya papa dia yang hantar.....so, hari-harilah papa dia kena singgah beli kuih untuk breakfast, nanti dia cakap kat sekolah tak ada benda dia nak makan, padahal aku tahu kat sekolah dia memang dah ready untuk breakfast. Masuk kol 8 pagi, nanti kol 12 pulak atok omar akan ambik dia dengan van hantar kat nursery. Bab yang ni yang dia selalu complaint kat aku....mama, nape mama tak ambik kakak kat sekolah an-nizah, kakak tak nak naik van atok omar, mama orang lain semua ambik anak-anak dia.....yang ni buat aku nak berenti keje......nanti duit pulak tak cukup....huhuhu.....Insyaallah tahun depan mama akan jadi driver kakak sepenuh masa....
Thursday, April 8, 2010
Tazkirah Jumaat 24 Rabiulakhir 1431H
Kekuatan Sedekah
Diceritakan dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut :
Tatkala Allah Ta ' ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam.
Allah menjawab, " Ada , iaitu besi" (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi),
Allah yang Maha Suci menjawab, " Ada , iaitu api" (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),
Allah yang Maha Agung menjawab, " Ada , iaitu air" (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air),
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, " Ada , iaitu angin" (air disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),
Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?"
Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, " Ada , iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya ".
Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih , tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain .
Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : "Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat , dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya" .
Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata , tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.
Ganjaran bersedekah
RasulAllah Shollallahu Alaihi Wa Sallam menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah.
Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda RasuluAllah SAW, sbb :
Z Allah Ta ' ala berfirman, "Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah " .. {Qs. Al Lail (92) : 5-8}
Z Allah Ta ' ala berfirman, "Perumpamaan ( nafkah yang dikeluarkan oleh ) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui" . {Qs. Al Baqarah (2) : 261}
Z RasulAllah SAW bersabda, " Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhan, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah ". Yang satu lagi menyeru " musnahkanlah orang yang menahan hartanya " .

Tolak Bala dengan Sedekah
Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda RasulAllah SAW , sbb :
Z " Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah " .
Z " Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah " .
Z "U batilah penyakitmu dengan sedekah " .
Z " Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah " .
Z " Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah " .
Z "U batilah penyakitmu dengan sedekah " .
Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah) , sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah,
Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian sedekah
Atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada pengemis/peminta/ fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum sholat Jum ' at dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jum ' at , misalnya Jum ' at ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jum ' at berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.
Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka . Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung disisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.
Sedekah yg pahalanya terus mengalir
Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : "Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus , kecuali tiga hal : amal jariyah , ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo ' akannya " (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).
Berikut contoh konkrit, sadaqah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir walaupun si pemberi sadaqah telah meninggal :
SADAQAH JARIAH – KEBAIKAN YANG TAK BERAKHIR | THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU ! |
1. Berikan Al-Quran pada seseorang , setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan. | Give Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat. |
2. Ajarkan seseorang sebuah do ' a . Pada setiap bacaan do ' a itu, anda mendapatkan kebaikan. | Teach someone to recite a dua.. With each recitation, you will gain hasanaat. |
3. Sumbangkan kerusi roda ke Hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan. | Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will gain hasanaat. |
4. Tanam sebuah pohon . Setiap seseorang atau haiwan berlindung dibawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan. | Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats from the tree, you will gain hasanaat. |
5. Tempatkan pendingin air di tempat awam . | Place a water cooler in a public place. |
6. Edarkan bacaan yang membangun dengan seseorang. | Share constructive reading material with someone. |
7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid . | Participate in the building of a mosque. |
8. Edarkan CD Quran atau Do ' a . | Share a dua or Quran CD. |
9. Bantulah pendidikan seorang anak . | Help in educating a child. |
10. Edarkan pengetahuan ini dengan orang lain . Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat kebaikan sampai hari Qiamat. | Share this with someone. If one person applies any of the above you will receive your hasanaat until the Day of Judgment. |
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk " .
Dari Abdullah bin ' Amru ra, RasulAllah S.A.W bersabda: " Sampaikanlah pesanku walaupun hanya satu ayat ".
Tuesday, April 6, 2010
Rindu datang lagi..........datang lagi..........datang lagi.......datang lagi
Assalamuaalaikum....wbt....
Sebenarnya aku rindu nak bercerita dengan mak. Banyak benda nak cakap.... pasal aku yang sejak akhir2 selalu sangat tak sihat.....kadang2 aku penat dengan kerenah anak aku. Selalunya aku akan call mak......dan mak akan selalu cakap......kakak sofea tu memang sebijik ikut perangai aku......kalau marah lebih2 dia akan buat hati batu....sikit2 nangis....sikit nangis....macam akulah tu, itulah yang akan mak cakap....nanti jadi macam aku dan mak, kalau tak jumpa rindu...bila dah jumpa mesti ada je benda nak gaduh. Betullah aku dengan mak memang macam tu.......aku selalu marah mak bila dia selalu susah hati pasal aku.......dia bising2 bila aku marahkan anak-anak, dia kata, macamana aku nak jaga anak-anak aku....keje keluar malam balik malam....nanti kalau aku sakit-sakit sapa nak jaga anak-anak, sapa nak bagi makan anak-anak.....suma tu mak nak ambik tahu...sebab tulah mak selalu mengadu dia tak boleh tidur malam......selalunya aku akan marahkan mak balik.....kenapa dok pikir semua tu, aku dah ada 3 anak, tahulah macammana nak jaga......walau hakikatnya aku kadang-kadang lost temper dengan anak-anak aku.....betul lah tu apa yang mak cakap....
Sebenarnya apa aja cakap-cakap mak pada aku selama ni semuanya betul....cuma aku je yang memang suka membantah cakap mak....biasalah kepala angin, cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar, ego...akulah tu. Sekarang ni tak ada sapa yang nak ambil tahu pasal aku yang bodoh sombong ni....padan muka.....
Itulah yang aku bangga dengan mak......segarang-garang mak, anak-anak cukup tersentuh bila mak sakit, apatah lagi bila mak dah tak ada.....cukup-cukup terasa kehilangannya.......macam arwah cik dulu tak banyak kerenah hidupnya......makan apa yang ada, pakai apa yang ada, anak balik suka, anak tak balik pun tak tanya, very simple....dia pergi pun dengan sakitnya yang tak der sapa yang tahu......dah lima tahu berlalu arwah cik pergi.Alfatihah....Tapi mak ni....kalau anak-tak balik kampung 1 bulan tiap kali aku telefon dia dia akan tanya aku, bila nak balik? kalau 5 minit lagi aku call dia akan tanya lagi sekali, bila nak balik? Itulah dia mak. Dulu kalau aku cakap nak balik dia selalu cakap kenapa dah setengah hari tak sampai-sampai lagi.....dia ingat drive dari KL to Terengganu tu ambik masa 1 jam kot. Sebab tulah bila aku nak balik, aku tak pernah cakap dengan dia...tup,tup aku dah sampai kat bandar KT baru aku bagitahu dia. mulalah dia bising-bising......itulah mak yang pernah mewarnai kehidupan aku dan sampai bila-bila pun rindu aku pada mak akan segar dalam ingatan......Semoga roh arwah mak dan cik tergolong didalam golongan yang hamba-hambaNya yang terpilih..Amin.

Subscribe to:
Posts (Atom)